MELAKA – Kira-kira 3,000 penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Krubong di sini terpaksa bergilir-gilir mengambil bekalan air dari surau berdekatan selepas terputus bekalan air sejak Khamis lalu. Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Krubong, Abdullah Omar, 53, berkata, situasi buruk itu adalah yang pertama kali berlaku sejak PPR itu diduduki oleh 600 keluarga pada 2016. “Kami tidak pasti punca sebenar masalah ini yang berlarutan sehingga hari ini, namun pihak berkenaan sepatutnya membantu penduduk menyediakan bekalan air dengan apa cara sekali pun. Sehingga hari ini, tak ada sebuah lori air pun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya