Ketua Wanita UMNO Bahagian Jempol, Faizah Othman berkata, program riadah itu turut diisi dengan aktiviti senam robik, berjalan kaki dan mendaki bukit di kawasan tersebut. “Aktiviti dimulakan dengan senaman seawal pukul 6.30 pagi di Taman Dillenia, Kampung Bukit Kelulut. “Para peserta turut diberi penerangan tentang sejarah bukit berkenaan selain dapat menikmati keindahan flora dan fauna serta menyaksikan awan karpet,” katanya ketika ditemui, di sini hari ini. Yang turut hadir Ketua Pemuda UMNO negeri, Datuk Mohd. Zaidy Abdul Kadir. Faizah berkata, aktiviti itu bertujuan menerapkan gaya hidup sihat, cergas serta berfikiran…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya