PUTRAJAYA 2 Jan. – Sebanyak 1,453 amaran bertulis dikeluarkan dan 3,879 nasihat diberikan kepada individu hingga 12 tengah hari ini, hari kedua penguatkuasaan larangan merokok di tempat makan yang bermula tahun ini. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata sebanyak 611 anggota penguatkuasaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melawat 2,786 tempat makan termasuk yang beroperasi 24 jam hingga tempoh itu. “Anggota penguat kuasa KKM sudah diingatkan supaya tidak mengeluarkan kompaun dalam tempoh enam bulan penguatkuasaan pendidikan larangan tersebut dan hanya boleh memberikan amaran bertulis sahaja,” katanya dalam sidang akhbar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya