KUALA LUMPUR 13 Dis. – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) melantik Datuk Zainal Abidin Ahmad sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu menggantikan Datuk Dr. Aminar Rashid Salleh berkuat kuasa 1 Januari 2019. Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin berkata, Zainal Abidin sebelum ini merupakan Naib Presiden Perodua Auto Corporation Sdn. Bhd. dan ini membolehkan beliau meneruskan usaha meningkatkan kecekapan serta daya saing untuk mengembangkan perniagaan eksport Perodua. ZAINAL ABIDIN Katanya, Aminar Rashid akan menamatkan tempoh perkhidmatan beliau pada 31 Disember ini selepas sembilan tahun menerajui syarikat tersebut.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya