KUALA LUMPUR 31 Dis. – Pekarangan Dataran Merdeka di sini bergema dengan alunan selawat ke atas nabi junjungan, Muhammad SAW bersempena sambutan ambang tahun baharu 2019. Video oleh FARID JANUDIN Program yang bermula pada pukul 10 malam itu merupakan anjuran gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan rakan-rakan NGO. Hujan renyai-renyai bagaimanapun tidak mematahkan semangat lebih 1,000 warga kota yang turut sama berhimpun dan berselawat. Acara berkenaan juga diselang-selikan dengan ucapan ringkas dan tazkirah daripada beberapa pemimpin NGO Islam. Dijangkakan, tepat pukul 12 tengah malam nanti, program selawat tersebut dihentikan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya