KUALA NERUS 17 Dis. – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) membuka penempatan sementara buat para pelajar luar kampusnya yang terjejas dalam banjir. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UniSZA, Prof. Madya Dr. Mohd Afandi Salleh berkata, penempatan sementara yang terletak di kolej Kediaman Kampus Gong Badak (KGB) itu boleh menampung seramai 184 pelajar dengan 104 untuk wanita dan 80 lelaki. Katanya, setakat pukul 1.40 petang ini, seramai 28 pelajar wanita telah berpindah ke Kolej Kediaman KGB berikutan rumah sewa mereka terjejas akibat banjir di sekitar kawasan Gong Badak.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya