Tiga orang awam dipercayai sesat di hutan lipur Cheruk Tok Kun - Utusan Malaysia

Tiga orang awam dipercayai sesat di hutan lipur Cheruk Tok Kun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Tiga orang awam dilaporkan hilang di kawasan Hutan Lipur Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam di sini petang tadi. Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada pukul 6.54 petang. Menurutnya, ketiga-tiga mangsa dipercayai tersesat ketika mendaki bukit di hutan lipur berkenaan. “Kesemua mereka dapat dihubungi melalui telefon dan lokasi mereka telah dikenalpasti. “Usaha mencari dan menyelamat sedang dijalankan dengan memasuki kawasan tersebut melalui laluan masuk Empangan Mengkuang,” katanya kepada pemberita sebentar tadi. – K! ONLINE  

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya