DHAKA 31 Dis. – Suruhanjaya Pilihan Raya Bangladesh menolak permintaan pembangkang bagi menjalankan pilihan raya semula atas dakwaan penipuan undi oleh parti pemerintah. Ketua Pesuruhjaya Pilihan Rayanya, K. M. Nurul Huda berkata, permintaan tersebut adalah mustahil untuk dibuat. “Mustahil untuk kita melakukan pilihan raya baharu kerana ianya telah dijalankan secara aman,” katanya kepada pemberita hari ini. Parti Liga Awami Bangladesh yang diketuai Perdana Menteri, Sheikh Hasina menang tiga penggal berturut-turut dalam pilihan raya umum negara itu semalam. – REUTERS
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya