KETUA jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe memuji impak yang diberikan oleh pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh sepanjang kempen Kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Suzuki 2018 yang menyaksikan Harimau Malaya muncul sebagai naib juara. Katanya, kehadiran pemain kelahiran Gambia itu telah memberi dimensi yang berlainan kepada skuad Malaysia khususnya di posisi serangan meskipun gagal menjaringkan sebarang gol. “Kemunculan Sumareh sebagai pemain naturalisasi pertama telah memberikan perkembangan positif dalam usaha meningkatkan sedikit mutu bola sepak negara. “Namun, kita tidak boleh mengharapkan lebih memandangkan ini adalah pengalaman pertamanya di peringkat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya