KUALA LUMPUR – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berangkat meninggalkan Istana Negara setelah menamatkan tugas memangku Yang di-Pertuan Agong selama dua bulan. Sultan Nazrin yang juga Timbalan Yang di-Pertuan Agong serta Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim sebelum itu berkenan menghadiri Istiadat Mengucap Selamat Berangkat sebelum pasangan diraja berkenaan meninggalkan pekarangan Istana Negara kira-kira pukul 5 petang. Istiadat yang berlangsung di Dewan Seri Maharaja dimulakan dengan bacaan warkah menjunjung kasih oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Istiadat diteruskan dengan penyampaian cenderamata oleh Mahathir dan isteri Tun Dr. Siti Hasmah Mohamed…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya