KUALA TERENGGANU 30 Dis. – Polis percaya dapat mematahkan sindiket pengedaran dadah di negeri ini dengan nilai rampasan hampir RM24.000 dalam dua serbuan di Kuala Ibai di sini dan di Rusila, Marang pada 26 Disember lalu. Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Alaudeen Abd. Majid berkata, hasil serbuan itu pihaknya menahan seorang lelaki Melayu berusia 21 tahun. Katanya, dalam operasi kira-kira 9.30 malam oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri, penganggur itu ditahan ketika berada di atas sebuah motosikal di hadapan sebuah rumah di Kuala Ibai sebelum…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya