TAMPIN 29 Dis. – Polis sedang mengesan dua lelaki yang didakwa cuba memasuki sebuah kem tentera di sini dengan menyamar sebagai pegawai tentera berpangkat kolonel baru-baru ini. Ketua Polis daerah, Superintenden Ramli Kasa berkata, laporan polis telah dibuat oleh pihak tentera semalam berhubung insiden yang berlaku kira-kira pukul 2.30 petang pada 8 Disember lalu. “Berdasarkan laporan yang dibuat, dua lelaki cuba memasuki kem tentera itu dengan menyamar sebagai pegawai tentera berpangkat kolonel, tetapi tidak dibenarkan masuk dan mereka kemudian melarikan diri. “Kami sedang mengesan kedua-dua suspek. Kami belum pasti apa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya