MACHANG 11 Dis. – Peningkatan harga runcit empat jenis ubi yang mendapat permintaan tinggi sepanjang musim tengkujuh memberi lebih pendapatan kepada petani. Hasil tinjauan Utusan Malaysia mendapati harga ubi kayu dan ubi keledek mencecah RM250 hingga RM300 bagi setiap 100 kilogram (kg), manakala harga ubi itik dijual dengan harga RM600 dan ubi badak RM500. Seorang peniaga ubi, Ramzi Ismail, 24, dari Kampung Kemuning di sini berkata, ubi kayu dan keledek adalah paling laris berbanding ubi lain kerana mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pengusaha kuih tradisional. Menurutnya, tawaran harga lebih rendah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya