Isu mengenai pemotongan pemutuan padi yang tinggi bukan sesuatu yang baharu dalam industri padi beras tempatan. Malah, sekian lama ia telah menjadi keluhan golongan petani yang berasa seakan ditindas melalui pemotongan hasil tuaian padi sehingga menyebabkan mereka menanggung kerugian. Namun, Pengurus Kanan Pengurusan Kualiti Padiberas Nasional Bhd. (Bernas), Othman Salim menjelaskan, pemutuan padi beras yang dilakukan oleh pihaknya selama ini hanya mengikut standard yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Katanya, Bernas sentiasa mematuhi setiap garis panduan Pemutuan Sebenar dan mekanisma harga belian padi ketika melakukan analisis padi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya