KUCHING 17 Dis. – Pemangku Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Datuk Amar Haji Mohamad Asfia Awang Nassar hari ini menerima kunjungan hormat daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Wira Omar Jaafar di Astana Negeri Petra Jaya, di sini hari ini. Kunjungan hormat itu diadakan lebih sejam setengah bermula dari 10 pagi dan turut disertai 17 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka yang lain. Rombongan tersebut kemudian mengadakan lawatan ke Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak, yang terletak berhampiran dengan Astana Negeri.- BERNAMA
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya