Sedang asyik melayari internet bagi mencari lokasi percutian keluarga sempena cuti sekolah, Mazalifah Ahmad Razali, 29, tertarik dengan sekeping gambar patung Hello Kitty gergasi yang dikongsikan oleh rakan di laman sosialnya. Sejurus melihatnya, dia terus membelek dan mencari di mana lokasi gambar itu diambil apabila teringatkan minat dua orang anaknya terhadap watak kartun tersebut. Sebaik mengetahui patung tersebut dipamerkan bersempena Pameran Our Sanrio Times di tingkat 5, pusat beli-belah Quill City Mall, Kuala Lumpur, dia terus memaklumkan kepada suami untuk membawa mereka sekeluarga ke sana. Menurut suri rumah tersebut, Pameran…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya