KUCHING, 17 Dis. – Operasi membawa turun seorang penyelidik rakyat Jepun yang cedera akibat terjatuh ketika memanjat Gunung Mulu terpaksa ditangguhkan berikutan cuaca buruk. Mangsa dikenali Akihiro Noda, seorang lelaki berusia 25 tahun, mengalami keretakan di bahagian punggung dan lebam di bahagian tulang rusuk. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kem 4, yang berada 1,820 meter dari paras laut ditangguhkan pada jam 3.30 petang tadi kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan dengan kabus tebal menyukarkan operasi mengeluarkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya