PUTRAJAYA 31 Dis. – Moratorium ke atas aktiviti perlombongan dan pengeksportan bauksit dari Pahang yang berakhir hari ini dilanjutkan lagi sehingga 31 Mac depan. Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli memaklumkan, berdasarkan laporan pemantauan yang diterima dan mesyuarat yang diadakan bersama agensi-agensi yang berkaitan pada 21 Disember lalu, didapati pengosongan stok simpanan (stockpile) dari Pelabuhan Kuantan dan Pelabuhan Kemaman masih belum berlaku. Sehubungan itu katanya, moratorium ke atas aktiviti perlombongan serta pengeksportan bauksit dari Pahang perlu dilanjutkan lagi dan stok simpanan bauksit dari Pelabuhan Kuantan dan Pelabuhan Kemaman perlu dikosongkan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya