GUA MUSANG 27 Dis. – Kecewa dengan harga getah yang rendah sehingga tidak dapat menampung perbelanjaan keluarga, sepasang suami isteri di Kampung Batu Papan di sini mengambil keputusan berhenti melakukan kerja menoreh lebih setahun lalu. Mazeri Che Omar, 52, dan isterinya, Samsiah Mat Salleh, 48, mengambil keputusan melibatkan diri dalam perniagaan secara kecil-kecilan dengan membuka gerai jualan makanan dan minuman di hadapan rumah mereka untuk menjana pendapatan. Mazeri berkata, mereka tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada pendapatan menoreh getah selepas harga komoditi itu semakin jatuh. “Kalau musim buah, kami berniaga buah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya