WELLINGTON 30 Nov. – Lebih 50 ekor paus pandu ditemukan mati terdampar di pantai Pulau Chatham dekat sini, hari ini menjadikan jumlah kematian mamalia itu meningkat lebih 200 ekor sejak minggu lalu. Pengurus Jabatan Pemuliharaan, Dave Carlton berkata, paus yang mati itu merupakan sebahagian daripada kumpulan kira-kira 90 ekor paus yang ditemukan di pantai pulau berkenaan yang terletak kira-kira 800 kilometer timur South Island, semalam. Katanya, sebaik sahaja pihak renjer tiba di pantai Pulau Chatham awal hari ini, 50 ekor daripadanya telah mati, seekor masih terperangkap manakala selebihnya berjaya kembali…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya