KUALA LUMPUR 1 Dis. – Skuad Harimau Malaya mensia-siakan kelebihan perlawanan di laman sendiri dalam kempen separuh akhir pertama Piala AFF 2018 apabila menamatkan aksi menentang Thailand dengan keputusan 0-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi. Dalam perlawanan tersebut Malaysia memperoleh banyak peluang mendapatkan jaringan namun kelemahan jentera serangan menyebabkan tiada satu gol mampu diraih tuan rumah. Selepas ini Malaysia akan berkunjung ke Rajamangala di Bangkok, Thailand untuk aksi separuh akhir kedua pada 5 Disember ini. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya