WILAYAH GANSU, China – Sebahagian besar gurun tandus Badain Jaran di barat laut China yang berwarna perang bertukar putih selepas diselaputi lapisan salji pada hujung minggu lalu. Fenomena aneh padang pasir diselaputi salji tebal di kawasan itu berlaku selepas suhu di sekitar bandar Zhangye di sini menurun kepada -25 darjah Celsius. Pelancong-pelancong dilihat mengenakan pakaian tebal ketika mengunjungi kawasan padang pasir itu dan tidak melepaskan peluang merakam pemandangan indah selain menikmati pengalaman berjalan di padang pasir bersalji. Kawasan seluas 47,000 kilometer persegi itu merangkumi wilayah Gansu, Ningxia dan Inner Mongolia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya