MANILA – Gunung berapi paling aktif di Filipina, Gunung Mayon mula memuntahkan kepulan debu putih setinggi 500 hingga 600 meter dari kawahnya pagi semalam, lapor agensi berita Xinhua yang memetik seorang pakar tempatan. Pakar gunung berapi di Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs), Eduardo Laguerta memberitahu Xinhua bahawa letusan air bawah tanah atau letupan disebabkan tekanan wap air berlaku pada pukul 8.17 pagi dan 8.28 pagi (waktu tempatan), namun tiada letusan besar dijangka berlaku. Phivolcs menyatakan gunung berapi itu berada pada tahap aktif sederhana menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan amaran kepada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya