GANTUNGAN puluhan lukisan cantik berjaya mencuri perhatian kami sebaik langkah diatur masuk ke dalam kediaman Aris Aziz, 68, di Kampung Sungai Mulia, Gombak, Selangor. Tidak semena-mena, kami terasa seperti berada di galeri lukisan. Sambil mempersilakan kami duduk, Aris mula menyambung kerja untuk menyiapkan lukisan. Ternyata, gelaran Raja Potret Malaysia yang diperoleh anak kelahiran Perak ini tepat sekali apabila dia berjaya menyiapkan lukisan pemandangan sebuah kampung kurang daripada lima minit. Lebih mengagumkan, biarpun lukisan tersebut hanya berwarna hitam dan putih sahaja, namun ia kaya dengan elemen seni serta tampak eksklusif. “Lukisan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya