MASAKAN gulai asam rong menggunakan daging arnab, ayam dan ikan adalah juadah tradisional negeri Pahang yang menjadi tarikan pelanggan di restoran Anak Raub Corner. Keunikan itu membuatkan restoran yang terletak di hadapan Pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB) Raub sentiasa penuh dikunjungi ramai. Selain gulai asam rong yang kuahnya diperbuat daripada buah perah sebagai asas resipi, menu lain yang tidak kurang membuka selera adalah pais tempoyak, ikan bakar, stim patin tempoyak, ayam kampung goreng dan sambal hitam Raub. Bagi mereka yang inginkan kelainan dalam menikmati minuman teh tarik pula, Anak Raub…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya