KUALA LUMPUR 5 Dis. – Kaedah pembayaran balik pinjaman secara potongan gaji berjadual (PGB) bermula Januari 2019 oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menyebabkan majikan terbeban. Memetik laporan portal Astro Awani, Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan berkata, pihaknya membantah kaedah tersebut kerana dibuat tanpa persetujuan pihak berkepentingan. “MEF akan berhubung dengan PTPTN mengenai perkara ini. Sudah pasti perkara ini telah diumumkan PTPTN tanpa perbincangan dengan pihak majikan. “Mereka perlu membuat perbincangan sebelum mengumumkan perkara sedemikian kerana akan menyebabkan kekeliruan,” katanya di sini hari ini.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya