RANTAU PANJANG 31 Dis. – Perkarangan Masjid Mukim Kampung Rahmat, di sini sunyi sepi sebaik sahaja Zawawi Wahab, bapa kepada tiga beradik yang lemas di Pantai Sura, Terengganu mengucup jenazah anak-anaknya satu persatu sebelum upacara pengebumian diteruskan petang ini. Tiada kata-kata mampu diluahkan si bapa yang berusia 42 tahun ketika itu, namun kucupan lama serta penuh kasih sayang yang disusuli air mata hiba seolah-olah menitipkan pesanan terakhir, ‘bersemadilah dengan tenang anak-anakku’. Jenazah tiga beradik, Nurain Fatma Zawawi, 10; Nurain Sufia, 8, serta Nurain Sasabila,5, selama tiba di Kampung Rahmat pada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya