KUANTAN 9 Dis. – Polidaktili adalah keadaan di mana seseorang itu memiliki 12 jari tetapi tidak bercantum dan keunikan berkenaan dimiliki oleh seorang bayi berusia dua bulan dari Bukit Rangin di sini, Muhamad Harras Zaffran Muhamad Haziq. Dilahirkan pada 6 Oktober lalu, Muhamad Harras Zaffran bukan sahaja dilahirkan dalam keadaan sihat tetapi juga unik kerana mempunyai 12 jari kaki iaitu masing-masing enam untuk kaki kiri dan kanan. Ibu bayi berkenaan, Nor Faranisha Zainudin, 24, berkata dia dan suaminya, Muhamad Haziq Abdul Rahman, 31, terkejut apabila dimaklumkan anak kedua mereka itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya