MOSCOW – Petugas-petugas menyelamat berusaha mencari mangsa terselamat selepas sebahagian daripada sebuah bangunan apartmen tinggi runtuh di bandar Magnitogorsk, Rusia awal pagi tadi, mengakibatkan sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dan 79 yang lain hilang, lapor beberapa agensi berita. Pihak media di bandar yang terletak di selatan Ural, sekitar 1,700 kilometer ke timur Moscow itu berkata, masih tidak jelas berapa ramai mangsa terperangkap tetapi jeritan meminta tolong didengari dari bawah runtuhan tersebut. Memetik kenyataan Kementerian Kecemasan, agensi berita RIA melaporkan, seramai 110 orang tinggal di dalam bangunan itu, manakala 48 apartmen didapati…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya