ALOR SETAR 3 Dis. – Prestasi pencapaian keluasan kawasan usahasil (pembalakan) yang dilaksanakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK), adalah baik dan mematuhi Catuan Tebangan Tahunan (CTT) yang ditetapkan oleh Majlis Tanah Negara (MTN). Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 2 yang dibentangkan di Parlimen hari ini, MTN menetapkan kawasan CTT bagi Kedah adalah seluas 3,122 hektar setahun atau 15,610 hektar untuk Rancangan Malaysia Ke-11 (2016-2020). “JPNK mengamalkan kaedah penebangan hasil hutan mengikut CTT seperti mana ditetapkan oleh MTN,” kata laporan itu. Katanya, CTT yang ditetapkan bagi setiap negeri…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya