CEMERLANG. Bertempat di Kompleks Sukan Airport Nilai, Bandar Baru Nilai, baru-baru ini berlangsungnya pertandingan badminton beregu Kelab Racket Mulia (MRC) edisi ke-6. Pertandingan yang membabitkan 16 beregu dengan 32 pemain itu dibahagikan kepada empat kumpulan. Pasangan beregu, Sheikh Muhamad Hizam Sheikh Khairuddin dan Ismail Abd. Rahman Ab. Majid telah muncul juara bagi edisi kali ini. Menurut Pengerusi MRC, Shaheran Mohd. Hashim selepas merasmikan pertandingan tersebut, lebih ramai peserta diharap dapat menyertai pertandingan sama dalam edisi seterusnya bagi menambah dan merapatkan lagi hubungan ahli kelab.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya