KANGAR 30 Nov. – Pendakwah terkenal, Dr. Zakir Naik mengiringi Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyertai program kayuhan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Peduli, Menjejaki dan Menyantuni Asnaf di sekitar Kangar di sini, hari ini. Baginda turut menyampaikan bantuan dan sumbangan zakat kepada golongan asnaf dalam program kayuhan yang bermula dan berakhir di pekarangan Masjid Tun Abdul Razak, Repoh di sini. Aktiviti itu adalah antara program yang disertai Zakir sempena lawatan beliau ke negeri ini sehingga 5 Disember depan. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya