KUALA LUMPUR 4 Nov. – Vivian Hoo-Yap Cheng Wen melakar sejarah muncul beregu wanita Malaysia pertama merangkul kejuaraan badminton Terbuka Macau, hari ini. Dalam aksi di Tap Seac Multisport Pavilion, gandingan negara yang berada di ranking ke-75 menundukkan pasangan No. 30 dunia dari Jepun, Misato Aratama-Akane Watanabe 21-15, 22-20. Ini kejuaraan pertama Vivian-Cheng Wen sejak digandingkan secara tetap pada September lalu, sekali gus membawa pulang hadiah kemenangan AS$11,850 (RM49,325). “Sebenarnya ia bukan perjalanan yang mudah. Terpaksa bertukar pasangan dan memulakan semuanya sekali lagi. “Namun saya menghargai setiap peluang di atas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya