HANOI 8 Nov. – Perlumbaan Formula Satu (F1) bakal diadakan di Vietnam buat kali pertama pada April, 2020 selepas Hanoi diumum sebagai tuan rumah. Vietnam menjadi negara Asia terbaru menganjurkan perlumbaan kereta paling berprestij itu selepas China, Jepun dan Singapura. Menurut promoter Grand Prix Vietnam, Vingroup, perlumbaan di Hanoi akan diadakan di atas litar jalanan dan dijangka menarik peminat baharu. Grand Prix Vietnam yang bakal menjadi perlumbaan jalanan keempat selepas Singapura, Monaco serta Azerbaijan akan diadakan di atas trek sejauh 5.565 kilometer dan memiliki 22 selekoh unik. “Dengan sukacitanya kami…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya