MELAKA 17 Nov. – Kerajaan menyasarkan tambahan 10 peratus daripada 83,934 usahawan luar bandar di negara ini berjaya memperluaskan produk-produk inovatif mereka ke peringkat global dalam tempoh lima tahun akan datang. Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, setakat ini dianggarkan lebih 700 usahawan desa yang menghasilkan pelbagai jenis produk inovatif berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Beliau berkata, pihaknya mahu para usahawan desa bukan hanya berjaya di peringkat kampung atau negeri sebaliknya mampu mengeksport produk ke luar negara dan untuk itu mereka perlu mematuhi tahap piawaian yang ditetapkan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya