PADA pagi itu, Nursyafiqah Norhasmat, 12, berpeluang ke pusat beli-belah The Curve, Damansara, Kuala Lumpur. Kunjungan bersama 30 lagi rakan-rakannya dari Sekolah Kebangsaan Presint 18 (2), Putrajaya itu bukanlah untuk membeli-belah sebaliknya mendalami ilmu sains dan alam sekitar. Aktiviti pembelajaran dilakukan di dalam sebuah kedai yang telah diubah suai menjadi pusat yang dikenali sebagai Green Guardian. Green Guardian merupakan sebuah pusat pendidikan sains dan alam sekitar yang diwujudkan oleh Yayasan Hijau Malaysia (YHM). Menurut anak keempat daripada lima adik-beradik itu, pelbagai ilmu sains dan sekitar berjaya ditimba sepanjang berada di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya