JOHOR BAHRU 14 Nov. – Polis berjaya menahan suami kepada seorang wanita yang menjadi mangsa leher dikelar serta ditikam di badan dalam kejadian di Kipmart, Masai pada Sabtu lalu. Suspek berusia 24 tahun itu ditahan pada pukul 2.30 petang semalam di dalam sebuah rumah di Taman Bukit Tropika dekat Ulu Tiram. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Norazam Shaari berkata, siasatan awal mendapati suspek mengaku melakukan perbuatan terbabit. “Siasatan polis masih lagi di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan tahanan reman akan dipohon bagi tujuan siasatan dan tindakan selanjutnya,” katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya