KUALA LUMPUR 14 Nov. – Tiga stesen Transit Aliran Massa (MRT) bagi Laluan Sungai Buloh – Kajang (SBK) akan ditutup sepenuhnya pada hujung minggu ini bagi memberi laluan kerja penyambungan rel bagi projek MRT Laluan Sungai Buloh – Serdang – Putrajaya (SSP). Ketua Pegawai Operasi MRT SBK, Azmi Mohd. Zain berkata, penutupan bagi tempoh dua hari itu melibatkan stesen MRT Sungai Buloh, Kampung Selamat dan Kwasa Damansara. Katanya, perkhidmatan bas perantara akan disediakan antara Stesen Kwasa Sentral dan Stesen Sungai Buloh dengan kekerapan waktu operasinya antara tujuh hingga 15 minit.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya