ROSKHOIRAH YAHYA KUALA LUMPUR 27 Nov.- Kawasan rumah ibadat di sekitar ibu kota perlu diwartakan bagi mengelak insiden seperti di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, Selangor. Cadangan itu dikemukakan oleh Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad bagi memastikan keamanan dan keharmonian rumah ibadat pelbagai kaum di negara ini terpelihara. Beliau berkata, di Selangor misalnya ada garis panduan berhubung kawasan rumah ibadat agar tidak timbul masalah pada masa akan datang. “Selain itu, saya berharap orang ramai tidak bertindak mengikut perasaan dan menyerahkan isu ini kepada pihak berkuasa. Kita perlu mengikut undang-undang yang telah ditetapkan,”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya