SAUDARA PENGARANG, ANDAI menurut kata hati, ingin kaki ini melangkah pergi. Meninggalkan segalanya di sini. Demi keluarga tercinta. Namun, semuanya tidak semudah yang disangka. Tanggungjawab dan amanah harus tetap ditunaikan. Walaupun perit hati ini untuk terus berbakti di sini tatkala anak isteri berjauhan. Beginilah nasib kami guru-guru yang dihantar berkhidmat jauh di bumi Borneo. Bukan kami memilih untuk berjauhan meninggalkan keluarga. Meninggalkan anak tanpa kasih sayang secukupnya daripada ibu bapa. Bukan niat untuk mengeluh. Tetapi di mana keadilan untuk kami? Tidak cukupkah enam atau tujuh tahun berjauhan. Malah ada yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya