KUALA LANGAT – Seorang penghantar barangan sebuah syarikat pengangkutan maut ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas motosikal ditungganginya terbabas di Kilometer 18 Jalan Klang – Banting – Port Dikson di sini malam tadi. Kejadian berlaku pukul 7.30 malam ketika Mad Rosni Johari, 48, ketika menunggang motosikal jenis Honda Wave dalam keadaan hujan lebat, meninggal dunia akibat parah di bahagian kepala. Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke Banting selepas selesai bekerja di sebuah syarikat pengangkutan di Klang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya