MELAKA 30 Nov. – Seorang nelayan yang hilang lebih 35 jam selepas terjatuh ketika memancing bersama lima rakannya ditemukan mati lemas di perairan Pulau Besar dekat sini tengah malam tadi. Mayat Md. Rashid Md. Jizan, 52, berasal dari Telok Mas ditemukan sekumpulan nelayan di perairan Pulau Besar pada kedudukan satu batu nautika (1.85 kilometer) antara Pulau Besar dan Pulau Dodol kira-kira pukul 12.40 tengah malam tadi. Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Melaka/Negeri Sembilan, Kepten Maritim Amran Daud berkata, mayat mangsa dicam oleh anaknya, Muhammad Faiz, 24, berdasarkan kepada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya