ZUNYI, China 11 Nov. – Tiga pengurus di sebuah syarikat pemaju perumahan di sini ditahan pihak berkuasa kerana didakwa mengenakan hukuman melampau terhadap beberapa pekerja kerana mereka gagal mencapai sasaran jualan. Oddity Central melaporkan, antara hukuman yang dikenakan termasuk pekerja terlibat dipaksa menelan lipas dan minum air berwarna kuning yang dipercayai air kencing. Penahanan tiga pengurus tersebut dibuat selepas seorang daripada pekerja syarikat tersebut memuat naik gambar rakan-rakannya ‘dihukum’ menerusi media sosial. Selain itu, terdapat juga rakaman video yang menunjukkan seorang pekerja lelaki tidak berbaju berdiri di tengah-tengah dalam sebuah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya