KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) melahirkan tekad untuk memberi pembelaan menyeluruh kepada kaum pekerja Malaysia, majoritinya bumiputera, yang berdekad lamanya dipercayai ditindas oleh segolongan majikan sektor swasta. Ini diumumkan menerusi ucapan Belanjawan 2019 yang menyatakan kerajaan akan mengkaji semula undang-undang buruh bagi memperkasakan kebajikan pekerja dan melarang sama sekali amalan diskriminasi oleh majikan. Ucapan tersebut turut mengandungi cita-cita Kerajaan PH untuk mempercepatkan penyelesaian terhadap pertikaian di antara majikan dan pekerja dengan menubuhkan Mahkamah Rayuan Perusahaan. Majlis Perundingan Melayu (MPM) menerima baik perancangan ini kerana reformasi kepada undang-undang dan amalan perburuhan Malaysia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya