KUALA LUMPUR – AirAsia Bhd. (AirAsia) akan memindahkan semula operasi penerbangan antarabangsanya di Jakarta dari Terminal 3 ke Terminal 2 di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, berkuat kuasa 12 Disember ini. AirAsia berkata, dengan langkah itu, semua penerbangan AirAsia termasuk penerbangan domestik akan beroperasi dari satu terminal. Syarikat penerbangan tambang rendah itu menambah, jadual penerbangannya tidak berubah di sebalik perubahan itu. “Penumpang yang berlepas dari Jakarta dinasihatkan untuk daftar masuk melalui laman web airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia, mencetak pas masuk sebelum ke lapangan terbang. “Mereka juga digesa agar tiba…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya