PADANG BESAR 30 Nov. – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berhasrat mewujudkan Enakmen Wakaf Perlis ke arah memantapkan pengurusan dan pentadbiran di negeri ini. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, pewujudan enakmen khas wakaf ini sejajar dengan perkembangan pembangunan wakaf di Perlis. “Sudah tiba masanya pengurusan wakaf diperkemaskan dengan peruntukan undang-undang yang akan menjaga kepentingan pewakaf, pengurusan wakaf dan penerima manfaat wakaf”, titah baginda. Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian selepas berangkat menyempurnakan program Kayuhan MAIPs Peduli untuk kali ke-89 bagi tahun ini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya