SEBERANG PERAI – Lapan wanita kebanyakannya warga emas yang sedang leka bermain judi daun terup di dalam Pasar Awam Kampung Baru, Bukit Mertajam di sini terkejut apabila diserbu polis kelmarin. Dalam serbuan pukul 5.50 petang itu, kesemua suspek yang berusia 51 hingga 75 tahun tersebut dikatakan sedang berkumpul dan menghadap sebuah meja dipercayai bermain judi daun terup. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, pihaknya telah menahan kesemua suspek dan merampas beberapa barang termasuk 52 keping kad daun terup, tujuh kerusi plastik…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya