PENGKALAN HULU – Keghairahan kira-kira 50 peserta menyertai pertandingan menangkap itik sempena Pesta Tasek Takong di sini bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka dilaporkan hilang dipercayai akibat lemas di dalam tasik berkenaan. Kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu disedari oleh seorang pengunjung yang melihat seorang peserta lelaki terkapai-kapai sebelum hilang di dalam tasik sedalam tiga meter itu. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Hulu, Syahirul Anwar Abdul Azam berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam sebelum 19 pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian. “Operasi mencari dan menyelamat dilakukan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya