PERHIMPUNAN Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau UNGA pada 20 November 1989 menerima pakai Konvensyen Hak Kanak-Kanak yang memberikan perlindungan kepada kanak-kanak di seluruh dunia. Berdasarkan konvensyen itu, semua kanak-kanak tanpa mengira jantina, latar belakang, status sosioekonomi, kepercayaan agama dan kebolehan diiktiraf sebagai individu yang mempunyai hak-hak asasi untuk membesar dan mendapat perlindungan dalam kehidupan mereka. Di Malaysia untuk mencapai hasrat konvensyen, satu akta yang dinamakan Akta Kanak-kanak (2001) diluluskan oleh Parlimen untuk mengimplementasikan hasrat konvensyen berkenaan. Pendidikan adalah asas terpenting dalam kehidupan manusia. Pendidikan menjadikan manusia kenal tentang kehidupan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya