SAUDARA PENGARANG,MINGGU Kesedaran Antibiotik Sedunia telah berlangsung dari 12 hingga 18 November lalu. Salah satu isu yang telah dibangkitkan adalah mengenai kewujudan makanan dicemari sisa antibiotik dan bakteria yang kebal kepada antibiotik. Sejak bertahun-tahun lalu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah menyuarakan kebimbangan mengenai penggunaan antibiotik dalam sektor pertanian di Malaysia. Penggunaan antibiotik secara rutin dalam makanan ternakan untuk mencepatkan pembesaran selain mencegah penyakit mewujudkan bakteria kebal terhadap antibiotik yang kemudian berpindah kepada manusia. Antibiotik tidak seharusnya disalahgunakan untuk mencegah penyakit dan menggalakkan pembesaran haiwan sebaliknya hanya boleh digunakan untuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya